Sunday, March 29, 2020

laluan tutup

Makluman : Laluan ke Seelong melalui Jalan Kempas Lama / Jalan Seelong  DI TUTUP kepada SEMUA KENDERAAN. ( depan Sekolah Hidayah) .Sila guna laluan melalui Lebuhraya Utara Selatan / Bukit Amber atau ULU TIRAM. Harap maklum

Friday, March 20, 2020

Perintah kawalan pergerakan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

Merujuk kepada perkara di atas dan kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020 yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

 

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan pengutipan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah salah satu perkhidmatan yang terkecuali daripada arahan penutupan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan tersebut dan kerja-kerja adalah berjalan seperti biasa, mengikut jadual dan frekuensi ditetapkan.

 

SILA AMBIL PERHATIAN pihak Kontraktor juga diingatkan supaya mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak Covid – 19 ini dengan mengikuti dan mengambil langkah-langkah sewajarnya seperti berikut:-

 

1. Memastikan cara kerja yang mematuhi Standard of Procedure (SOP) dan Manual Operasi (MO) (perlu melaksanakan sepenuhnya kpi pengutipan menggunakan bin lifter, tidak boleh kutip cara manual seperti melonggok atau mengumpul dimana sampah (Sisa Baki) diambil dari beberapa bin dan dikumpulkan sebelum dimasukkan dlm compactor. Bagi mengelakkan jangkitan kpd pekerja. Dalam tong sampah mungkin ada tisu, mask dll)

2. Meletakkan tanda amaran kerja pembersihan sedang berjalan khususnya di tempat awam spt ketika pembersihan longkang dll

3. Memastikan pekerja- pekerja mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dan kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

4. Memastikan pekerja- pekerja menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap semasa melakukan Kerja-kerja;

5. Mengelakkan sebarang aktiviti-aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai

6. Mengawal dan meminimumkan kontak dikalangan pekerja-pekerja dan orang awam.

7. Mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

 

Pihak Kontraktor juga diminta memaklumkan kepada pihak kami sekiranya terdapat pekerja-pekerja pihak Tuan/Puan yang disyaki atau telah disahkan dijangkiti wabak Covid – 19 tersebut untuk tindakan pihak kami selanjutnya.

 

 

Sekian, Harap maklum.

 

Nurul Nabilah Binti Sukimi

Contract Admin Assistant

SWM Environment Sdn.Bhd.  (380208-V)

LGB Group