Thursday, August 29, 2013

FULL KPI KAWASAN MPJBT / MDP PADA 1/9/2013

SWM telah mengeluarkan Pekeliling Pentadbiran, BERKUATKUASA 1/9/2013, frekuensi kerja-kerja pembersihan di MPJBT dan MDP adalah saperti berikut (1) Sapu Jalan 26 x sebulan, (2) Potong rumput & sapu 2 x sebulan (3) Pembersihan Longkang 1x sebulan. Kadar pembayaran penswastaan penuh akan dibuat kepada subkontraktor. Segala kegagalan mematuhi juga akan tertakluk kepada pemotongan denda mengikut kadar KPI penuh.

BAYARAN BULANAN SWM

SWM telah memaklumkan bahawa BERKUATKUASA OGOS 2013, semua PEMBAYARAN BULANAN akan di buat SEKALI pada setiap bulan dan bayaran PADA setiap 5hb bulan berikutnya. Perkara ini TELAH melanggar persetujuan didalam mesyuarat diantara pihak konsesi, JPSPN, PPSPA dan Gabungan Perkon Malaysia tempohhari. SWM sememangnya TIDAK akur kepada keputusan yang telah di capai. Jika ini berlaku, pihak PPSPA sepatutnya mengenakan DEMERIT kepada SWM diatas kegagalan membayar kepada subkontraktor didalam tempohmasa yang telah di persetujui.

Wednesday, August 28, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SWM

SWM ENVIRONMENT SDN. BHD menjemput kesemua  kontraktor-kontraktor Johor Selatan bagi menghadiri Majlis Sambutan  Hari Raya bersama kami SWM ENVIRONMENT SND BHD ,

Tempat :    Perkarangan Pejabat Pengurusan
SWM Environment Sdn Bhd
No.6, Jalan Kangkar Tebrau,
Kawasan Kg Sri Purnama,
81100, Johor Bahru, Johor. 

Tarikh : 05 September 2013 (Khamis)
Masa:   10:00 pagi—1:00 petang

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR KALI KE 3/2013 - 4/9/2013

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR KALI 3/2013 akan di adakan pada Hari Selasa, jam 3.30 petang, 4 hb September 2013 bertempat di Bilek Mesyuarat, RESTORAN DE KAYU MANIS CAFE, 9, Jalan Kolam Air, Johor Bahru, Johor. Semua AJK di wajibkan hadir.