Sunday, January 29, 2012

PERJUMPAAN PERKON JOHOR BERSAMA KONTRAKTOR PEMBERSIHAN

Satu perjumpaan diantara PERKON JOHOR bersama2 Kontraktor2 Pembersihan kawasan akan di adakan pada 2hb Feb. 2012, jam 10 pg di LC Catering, Jalan Tebrau, Century Garden, Johor Bahru. Sila war2kan kepada kontraktor2 Pembersihan lain dan bawa bukti pemotongan pembayaran bulanan. Terima kasih

Wednesday, January 18, 2012

TAKLIMAT PEMBIAYAAN IKHTIAR FACTORING

TAKLIMAT PEMBIAYAAN KONTRAK DAN PESANAN KERAJAAN-KHAS BAGI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN, KONTRAKTOR PEMBINAAN DAN PEMBEKAL-PEMBEKAL (VENDOR) KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa IKHTIAR FACTORING SDN BHD ingin menjemput Yang Berbahagia Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri sesi taklimat pembiayaan kontrak dan pesanan kerajaan. Taklimat ini adalah khusus bagi kontraktor pembekalan, kontraktor binaan dan perkhidmatan bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Program yang dijadualkan adalah seperti berikut:-

TARIKH: 27 JANUARI 2012
TEMPAT: TRAINING ROOM NANING 1, HOTEL SERI MALAYSIA, LEBOH AYER KEROH, MELAKA
MASA: SESI I : 8.00 PAGI – 12.30 PETANG / SESI 11 : 2.30PETANG – 5.00 PETANG

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan IKHTIAR FACTORING SDN BHD dan Skim Pembiayaan Kontrak dan Pesanan Kerajaan yang di tawarkan kepada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dari kerajaan & GLC.

Pihak kami menawarkan pembiayaan kontrak merangkumi :-

• SURAT KREDIT (LC)
• JAMINAN BANK/ BON PELAKSANAAN
• SURAT SOKONGAN TENDER
• PEMFAKTORAN
• INITIAL WORKING CAPITAL
• ADVANCE PAYMENT BOND
• INSURANCE GUARANTEE
• LETTER OF UNDERTAKING

Tuan digalakkan menghadirkan diri di samping membawa dokumen-dokumen syarikat dan projek berkenaan. Ini adalah kerana pendaftaran boleh dimulakan terus bagi mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan. Disamping itu juga, peluang ini boleh digunakan untuk pihak tuan membuat sebarang pertanyaan secara langsung mengenai skim pembiayaan kontrak kami.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati menjemput YB.Tan Sri/ Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri taklimat tersebut pada tarikh dan masa yang tertera di atas.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Siti Haslina Hassan atau Siti Fatimah Yaakop Di talian 03-4024 6200 / 4024 2500. Terima Kasih.Wasalam/Sekian.

Tuesday, January 17, 2012

MESYUARAT KHAS AJK PERKON JOHOR (2.2.2012)

Mesyuarat Khas AJK akan diadakan pada 2hb Februari 2011, pada jam 2 ptg di Bilek Mesyuarat, No 24-01, Jalan Garuda 1, Larkin Jaya, Johor Bahru. Kehadiran di harga

Monday, January 16, 2012

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2012

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERKON JOHOR akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh: 6 hb Feb 2012 ( Hari Isnin ), jam 10 pagi,
Bertempat di Dewan Johor ( Hall 1 ),
Mutiara Hotel,
Jalan Dato' Sulaiman,
Century Garden,
Johor Bahru, Johor.
Di rasmikan olih Yg Bhg Dato' Nadzri Yahaya,
Ketua Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

kehadiran di hargai.

Wednesday, January 4, 2012

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR

.
MESYUARAT AJK PERKON JOHOR akan diadakan pada 10 hb Januari 2012, bersamaan Hari Selasa, jam 3.00 petang di Bilek Mesyuarat, No 24-01, Jalan Garuda 1, Larkin Jaya, Johor Bahru. Kehadiran di hargai