Tuesday, January 26, 2016

Mesyuarat Agong Perkon Johor

Mesyuarat Agong Perkon Johor akan diadakan pada jam 10.30 pagi, 23/2/16, Hari Selesa, bertempat di KSL Hotel, JB. Penerangan Penubuhan Kooperasi Perkon Johor  akan diadakan pada jam 2 ptg pada hari yang sama. Kehadiran amatlah di hargai

Sunday, January 17, 2016

Tapak pelupusan

Mesyuarat Ajk Perkon Johor

Mesyuarat AJK Perkon Johor akan di adakan pada jam 3 ptg, Hari Selasa, 26/1/16, bertempat di Bilek Mesyuarat KJE Holding, Jalan Nong Chik 1, Nong Chik Commercial Centre, JB. Kehadiran di hargai

Monday, January 11, 2016

Perbincangan CA

Perbincangan berkenaan CA Pembersihan Kawasan akan diadakan dipejabat SWM Kangkar Tebrau pada hari esok (Rabu) 13/1/16 jam 10.30 pagi. AJK (terutamanya kontraktor pembersihan kawasan) diminta hadir bagi menyemak sama dan berbincang berkenaan CA berkenaan. Sila sahkan kehadiran dengan Puan Zaleha Salim, SUK, Perkon Johor.

Sunday, January 10, 2016

Perjumpaan SU MPJBT dengan Kontraktor SWM MPJBT

Perjumpaan Setiausaha, MPJBT bersama kontraktor SWM di kawasan MPJBT akan adakan pada jam 9.30 pagi, 28.1.2016, Hari Khamis bertempat Di dewan Mesyuarat, aras 10, Bangunan MPJBT, Jalan Skudai, Skudai. Semua kontraktor di kehendaki hadir. Sebarang pertanyaan, sila hubungi SU Perkon Johor, 019 7770435.

Monday, January 4, 2016

TPPA

Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengadakan sesi penerangan mengenai TPPA.  Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai manfaat ekonomi daripada keanggotaan Malaysia dalam Perjanjian TPP khususnya bagi kalangan agensi, industri, usahawan dan rakyat Negeri Johor amnya.  Sesi adalah seperti berikut  :

Tarikh : 10 Januari 2016 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Batu Pahat - Kota Tinggi Room, Level 7
33, Jalan Seladang, Taman Abad
80250 Johor Bahru, Johor

Mesyuarat Permasaalahan Tapak perlupusan Seelong

MAKLUMAN: Persetujuan telah di capai didalam Mesyuarat Permasaalahan Tapak Perlupusan Seelong, pada hari ini, 4/1/2016, yang telah di pengerusikan oleh #YBDatukA.LatifBandi# EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, bahawa (1) Semua kenderaan Kompaktor Kontraktor HENDAKLAH MEMUNGGAH sampah di TTS Seelong dan TIDAK PERLU naik ke tapak perlupusan di kawasan atas (2) Sekiranya berlaku permasaalahan di tapak PS Seelong, Perkon Johor akan memaklumkan kepada SWCorp Negeri Johor, yang akan mengadakan PIT STOP PENYELESAIAN MASAALAH ( mengikut keperluan ). bersama-sama SWM. Ahli2 PERKON JOHOR, yang menghadapi masaalah di PS Seelong, sila hubungi SU atau SUK. (3) Jika berlaku kerosakan terhadap kenderaan yang di sebabkan oleh jentera SWM di dalam kawasan PS Seelong, pihak terbabit hendaklah melaporkan kepada pengurusan PS Seelong pada ketika kejadian, yang akan mengambil gambar dan membuat / anggaran pembaikan. Pastikan ianya mempunyai pengesahan secara bertulis sebelum kenderaan terbabit keluar dari kawasan PS Seelong. Terima kasih kepada #YABMenteriBesarJohor#, #YBDatukALatifBandi#, #KerajaanNegeriJohor#, #SWCorp#, #JPSPN#, #SWM# dll pihak yang terlibat didalam menyelesaikan masaalah di Tapak Pelupusan Sampah Seelong........SU Perkon Johor (4/1/16)