Saturday, December 17, 2016

Perjumpaan dengan kontraktor

Perjumpaan Perkon Johor dengan kontraktor bagi membincangkan isu semasa akan diadakan pada jam 2.30 petang, 19/12/16, Hari Isnin bertempat di Bilek Mesyuarat KJE Holding, Nong Chik Commercial Centre, JB. Kehadiran di hargai

Tuesday, December 6, 2016

PERINGATAN

Utk perhatian semua kontraktor.
SWM didalam proses utk mengambil tindakan keatas kontraktor2 atas perkara yg berikut :-
1. Tidak mempunyai lesen bless samada lesen baru atau lesen yg telah diperbaharui. Oleh itu adalah diingatkan bahawa mana2 kontraktor yg tidak mempunyai lesen Bless utk Skim/Zon kawasan kontrak tuan/puan , hendaklah berbuat demikian dgn segera. Mana2 yg telah membuat permohonan hendaklah mengemukakan kpd SWM resit bayaran proses dari SWCorp .
2. SWM juga akan menjalankan exercise mengodit sykt2 kontraktor pelupusan sisa pepejal (kutipan) dimana didalam exercise ini SWM akan membuat lawatan kedepoh atau bengkel kontraktor. Pemeriksaan keatas kenderaan atau lori2 kutipan, alatan kerja dll yg berkenaan. Maka, adalah diingatkan bahawa setiap kontraktor kutipan hendaklah mematuhi syarat2 kontrak bagi mengelakkan kontrak ditamatkan.

Friday, December 2, 2016

Himpunan Solidariti Ummah

#Himpunan_Solidariti
#Ummah_Untuk_Rohingya

Himpunan Solidariti  Ummah untuk Rohingya akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 4 Disember 2016
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

NGO-NGO Islam diundangi turun untuk menyatakan bantahan kita terhadap kekejaman keatas rakyat Rohingya...

Marilah kita sama - sama menjayakan #Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya ini dengan turut hadir berhimpun sebagai tanda kebersamaan kita dengan saudara Islam yang sedang bergelut menyelamatkan maruah hidup mereka dalam dunia yang gelap hitam kerana dizalimi regim yang kejam.

#SAVE_ROHINGYA.

Monday, October 31, 2016

Hari Landskap Negeri Johor

Ahli2 PERKON JOHOR di undang ke Majlis Sambutan Hari Landskap Negeri Johor 2016  , jam 8.30 pagi, 5 November 2016 di Hutan Bandar Kulai Johor Bahru. Ayuh rakyat Johor sama-sama memeriahkan Hari Landskap Negeri Johor 2016. Kehadiran di hargai.

Tuesday, October 25, 2016

Kempen Derma

Kempen Derma Mangsa Kebakaran Hospital Sultanah Aminah JB. PERKON JOHOR sedang membuat kutipan derma (dalam bentuk RM dan barangan) untuk di serahkan kepada mangsa2  Sila hantar ke rumah YDP pada / sebelum 30 Okt. 2016.  Keikhlasan anda ada di hargai

Saturday, October 8, 2016

Piket Aman dan Penyerahan Memorandum kepada SWM

Mesyuarat khas Ajk Perkon Johor bersetuju untuk mengadakan Piket Aman dan Penyerahan Memorandum Kepada SWM Johor pada jam 2 petang, 11/10/16, di perkarangan SWM Kg Kangkar Tebrau, JB. Semua ahli2 WAJIB HADIR dan menghantar wakil. Sekiranya GAGAL, akan di ambil tindakan.

Monday, October 3, 2016

Mesyuarat Khas Perkon Johor

Mesyuarat khas PERKON JOHOR akab di adakan pada jam 3 ptg di Bilrk Mesyuarat KJE, Nong Chik Commercial Centre , JB pada jam 3 ptg, 5 Okt. 2016. Perbincangan perihal bayaran SWM. Semua AHLI2 PERKON JOHOR di undang hadir.

Wednesday, September 21, 2016

AGM Gabungan Perkon Malaysia

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Gabungan Perkon Malaysia akan di adakan pada jam 9.30 pagi, 17 Okt. 2016 di Hotel Golden Sand, Batu Feringgi, Pulau Pinang. Setiap ahli Gabungan / Negeri boleh menghantar 10 orang perwakilan.

Thursday, August 25, 2016

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR akan diadakan pada jam 11.00 pg, 1 Sept 2016, bertempat di Bilek Mesyuarat KJE, 0-02, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Commercial Centre, Johor Bahru. Semua AJK di jemput hadir.

Thursday, August 18, 2016

Penggunaan Blower

Untuk makluman sebagaimana dipersetujui di dalam mesyuarat konsesi antara pihak SWM Environment bersama pihak SWCorp pada 20hb Jun 2016. Pihak SWCorp telah bersetuju membenarkan penggunaan “blower” di kawasan kerja kontraktor. Oleh itu, pihak tuan diminta memberi maklum balas kawasan pihak tuan/puan yang menggunakan “blower” bagi tujuan rekod kepada pihak kami sebelum19hb Ogos 2016.

Sunday, April 24, 2016

Mesyuarat Khas AJK Perkon Johor

Mesyuarat Khas AJK Perkon Johor akan di adakan pada jam 3.00 petang, 25hb April 2016, Hari Isnin,  bertempat di Bilek Mesyuarat KJE , Jalan Nong Chik 1, Nong Chik Commercial Centre, JB. Kehadiran di hargai

Friday, March 25, 2016

Payment SWM

BREAKING NEWS !!!
Utk perhatian semua subkontraktor SWM. Payment dari SWCorp kepada SWM bulan ditahan sebanyak 20%. SWCorp hanya membuat bayaran sebanyak 80% sahaja. Ini adalah disbbkan lawatan Datuk CEO tempoh hari yg telah mendapati terdapat banyak kepincagan dan kecelaruan didalam tuntutan yg dibuat oleh SWM terutama kawasan MBJB. Atas sbb demikian, pada mula penahanan 100% hendak dibuat. Payment utk bulan ini juga sepatutnya telah dimasukkan pada hari ini tetapi telah ditangguhkan kesatu tarikh (bermungkinan minggu depan) sehingga isu salah tuntut ini selesai. Amat malang bagi kita yg tidak terlibat dgn tindakan tuntutan tersebut diheret sama didlm kemelut mereka ini. Hmm.....itu saja BERITA TERKINI dari bilik berita PERKON JOHOR.😭😭😭

Wednesday, March 16, 2016

Mesyuarat AJK Perkon Johor

Mesyuarat AJK Perkon Johor akan diadakan pada jam 10 pg, 21 Mac 2016 bertempat di bilek mesyuarat, kje holdings, 02-02, jalan nong chik 1, nong chik height, JB. Kehadiran di hargai.

Tuesday, March 1, 2016

AJK PERKON JOHOR SESSI 2016-2018

AJK PERKON JOHOR SESSI 2016-2018

YDP :
Noordin bin A. Latif.
TYDP:
Azharuddin bin Md Sood
SU: 
Dato Hj And Lah @ Abdullah bin Hj Awang
PSU:
Fuad bin Md Nor
BENDAHARI:
Suzzana bte Ahmad Kamal

AJK :
Ahmad Tarmizi bin Hj Tahang
Ahmad Tarmimi bin Hj Tahang
Maslinda bte Buang
Roslee bin Hj Abd. Rahman
Ayub bin Yasir

AUDITER:
Zuraimi bin Mustafa
Helmi bin Hasir
PEMEGANG AMANAH:
Zainalabidin

Tuesday, January 26, 2016

Mesyuarat Agong Perkon Johor

Mesyuarat Agong Perkon Johor akan diadakan pada jam 10.30 pagi, 23/2/16, Hari Selesa, bertempat di KSL Hotel, JB. Penerangan Penubuhan Kooperasi Perkon Johor  akan diadakan pada jam 2 ptg pada hari yang sama. Kehadiran amatlah di hargai

Sunday, January 17, 2016

Tapak pelupusan

Mesyuarat Ajk Perkon Johor

Mesyuarat AJK Perkon Johor akan di adakan pada jam 3 ptg, Hari Selasa, 26/1/16, bertempat di Bilek Mesyuarat KJE Holding, Jalan Nong Chik 1, Nong Chik Commercial Centre, JB. Kehadiran di hargai

Monday, January 11, 2016

Perbincangan CA

Perbincangan berkenaan CA Pembersihan Kawasan akan diadakan dipejabat SWM Kangkar Tebrau pada hari esok (Rabu) 13/1/16 jam 10.30 pagi. AJK (terutamanya kontraktor pembersihan kawasan) diminta hadir bagi menyemak sama dan berbincang berkenaan CA berkenaan. Sila sahkan kehadiran dengan Puan Zaleha Salim, SUK, Perkon Johor.

Sunday, January 10, 2016

Perjumpaan SU MPJBT dengan Kontraktor SWM MPJBT

Perjumpaan Setiausaha, MPJBT bersama kontraktor SWM di kawasan MPJBT akan adakan pada jam 9.30 pagi, 28.1.2016, Hari Khamis bertempat Di dewan Mesyuarat, aras 10, Bangunan MPJBT, Jalan Skudai, Skudai. Semua kontraktor di kehendaki hadir. Sebarang pertanyaan, sila hubungi SU Perkon Johor, 019 7770435.

Monday, January 4, 2016

TPPA

Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengadakan sesi penerangan mengenai TPPA.  Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai manfaat ekonomi daripada keanggotaan Malaysia dalam Perjanjian TPP khususnya bagi kalangan agensi, industri, usahawan dan rakyat Negeri Johor amnya.  Sesi adalah seperti berikut  :

Tarikh : 10 Januari 2016 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : KSL Hotel & Resort Johor Bahru
Batu Pahat - Kota Tinggi Room, Level 7
33, Jalan Seladang, Taman Abad
80250 Johor Bahru, Johor

Mesyuarat Permasaalahan Tapak perlupusan Seelong

MAKLUMAN: Persetujuan telah di capai didalam Mesyuarat Permasaalahan Tapak Perlupusan Seelong, pada hari ini, 4/1/2016, yang telah di pengerusikan oleh #YBDatukA.LatifBandi# EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, bahawa (1) Semua kenderaan Kompaktor Kontraktor HENDAKLAH MEMUNGGAH sampah di TTS Seelong dan TIDAK PERLU naik ke tapak perlupusan di kawasan atas (2) Sekiranya berlaku permasaalahan di tapak PS Seelong, Perkon Johor akan memaklumkan kepada SWCorp Negeri Johor, yang akan mengadakan PIT STOP PENYELESAIAN MASAALAH ( mengikut keperluan ). bersama-sama SWM. Ahli2 PERKON JOHOR, yang menghadapi masaalah di PS Seelong, sila hubungi SU atau SUK. (3) Jika berlaku kerosakan terhadap kenderaan yang di sebabkan oleh jentera SWM di dalam kawasan PS Seelong, pihak terbabit hendaklah melaporkan kepada pengurusan PS Seelong pada ketika kejadian, yang akan mengambil gambar dan membuat / anggaran pembaikan. Pastikan ianya mempunyai pengesahan secara bertulis sebelum kenderaan terbabit keluar dari kawasan PS Seelong. Terima kasih kepada #YABMenteriBesarJohor#, #YBDatukALatifBandi#, #KerajaanNegeriJohor#, #SWCorp#, #JPSPN#, #SWM# dll pihak yang terlibat didalam menyelesaikan masaalah di Tapak Pelupusan Sampah Seelong........SU Perkon Johor (4/1/16)