Tuesday, December 25, 2012

PERTUKARAN PEJABAT OPERASI SWM

PERTUKARAN ALAMAT PEJABAT OPERASI SWM;

Berkuatkuasa 1 hb Januari 2013, Pejabat Operasi SWM Environment Sdn Bhd akan bertukar ke No 6, Jalan Kangkar Tebrau, Kawasan Kampung Sri Purnama, 81100 Johor Bahru. Tel: 07 335 6000 Fak: 335 6005.

Wednesday, December 5, 2012

PERMOHONAN PEKERJA ASING

MAKLUMAN - Semua kontraktor2 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan, yang ingin mendapatkan Pekerja Asing, harap dapat mengemukakan surat rasmi kepada PERKON JOHOR bagi tujuan penyelarasan permohonan pada / sebelum 12/12/2012. Permohonan akan di bawa kepada pihak Jabatan Sisa Pepejal Negara, Putrajaya, yang akan memberi sokongan dan bantuan didalam perkara ini. Sebarang masaalah sila hubungi SU, Abd Lah Awang II atau Setiausaha Kerja, Zaleha Salim.

Monday, December 3, 2012

PERBINCANGAN KONTRAK SISA PEPEJAL SWM - 6/12/2012

Satu Perbincangan mengenai Permasaalahan Kontrak Sisa Pepejal SWM bagi kawasan MBJB akan diadakan pada jam 10.00 pagi, Hari Khamis, 6/12/2012 di Pejabat PERKON JOHOR, No 24-01, Jalan Garuda 1, Larkin Jaya, JB. Kehadiran di hargai.

Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 23, 2012

PERJUMPAAN GABUNGAN PERKON MALAYSIA DENGAN PENGERUSI GABEM -1/1/2012

Mesyuarat AJK Gabungan Perkon Malaysia bersamaTan Sri Rahim Thamby Chik, Pengerusi GABEM akan diadakan pada jam 11.00 pagi, Hari Rabu, 7hb November 2012 bertempat di Tingkat 28, Bangunan UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur. AJK yang ingin turut serta sila sahkan kehadiran dengan Setiausaha Kerja, Puan Zaliha Salim.

BANTAHAN TERHADAP SWM - 24/10/2012

PENTING: SEMUA KONTRAKOR2 PEMBERSIHAN DAN PENGURUSAN SISA PEPJAL DI KEHENDAKI HADIR DI DALAM PIKET AMAN DI PEJABAT SWM, PERMAS JAYA, PADA ESOK 24/10/2012 JAM 10.00 PAGI. BANTAHAN MENGENAI HARGA LAMA SPESIFIKASI KERJA BARU, BAYARAN LEWAT, PEMOTONGAN MELAMPAU, DAN TEKANAN KERJA DAN KETIDAK ADILAN PENGURUSAN. SILA BAWA KELUARGA, PEKERJA, KENDERAAN2 UNTUK DI LETAKKAN DI HADAPAN PEJABAT SWM. SEBARANG MAKLUMAT, SILA HUBUNGI PUAN ZALIHA SALIM, SETIAUSAHA KERJA (016 763 6999)

Monday, September 10, 2012

JEMPUTAN MAJLIS AIDIL FITRI SWM - 15/9/2012

SWM JOHOR menjemput semua kontraktor2 SWM Johor Selatan ke Majlis Ramah Mesra Aidil fitri pada 15hb Sept. 2012, Hari Sabtu, jam 10.00 pg - 1.00 ptg di Pejabat SWM Johor, No 19, Jalan Permas 10/2, Permas Jaya, Johor Bahru. Harap maklum

Friday, September 7, 2012

JEMPUTAN MAJLIS AIDIL FITRI YAYASAN WARISAN JOHOR - 10/9/2012


Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Warisan Johor

Tarikh:   Hari Isnin 10 September 2012.
Masa :    12.00 t/hari hingga 6.00 petang.
Tempat: Yayasan Warisan Johor, 
             Jalan Mariamah, 
             Johor Bahru. 

Semua pihak atau individu yang telah menjayakan Jelajah Amal Ramadhan 2012 adalah di jemput hadir.

Friday, August 17, 2012

TANGGUNGJAWAB SIAPA ? SALAH SIAPA?


PPSPPA perlu mengadakan pengkuatkuasaan keatas pesalahlaku pembuang sampah dikawasan persekitaran. Selagi, iannya tidak di laksanakan, perkara sebegini akan tetap berlaku. Apakah PPSPPA telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik ????. atau hanya tertumpu dengan kerja-kerja "back up" dikawasan konsessi dan subkontraktor sehingga berjumlah RM 4 juta, sedangkan kawasan-kawasan sampah longgok di abaikan, tanpa sebarang pengkuatkuasaan. PPSPPA harap bangun dari mimpi yang indah.