Notis pemberitahuan kepada semua subkontraktor SWM.
1. Saya telah difahamkan oleh SWM bahawa sehingga hari ini masih lagi terdapat beberapa kontraktor Kutipan dan Pembersihan Kawasan yang belum lagi mengambil data inventori terkini yg telah siap utk disemak dan disahkan. Adalah diingatkan bahawa tujuan penyerahan data inventori ini adalah bagi memudahkan subkontraktor menyemak semula kawasan kontrak mereka. Sekiranya ada yg tidak dimasukkan atau kurang maka anda semua bolih terus membuat bantahan atau diukur semula. Selama ini anda semua mengadu bahawa data tidak pernah diberikan oleh SWM. Maka skrg ianya telah tersedia dan tlg pergi ambil. Kelewatan anda semua akan menyebabkan pengesahan data secara menyeluruh tidak dpt dilaksanakan diantara SWM dan SWCorp. Jadi, tlg ambil tindakan segera
2. Berhubung dengan jadual time motion yg disediakan oleh subkontraktor kpd SWM ianya masih menggunapakai time motion yg tidak dipersetujui diantara JPSPN/SWCorp/Konsesi/Subkon. Masih lagi terdapat jadual yg hanya tertulis 8.00 pagi sampai 5.00 ptg. Jadual begini tidak bolih digunakan. Apa yg telah dipersetujui bersama adalah anda semua hendaklah membahagikan jadual kerja yg lebih spesific . Contoh :
Pagi mungkin 8.00 pagi atau 7.00 pagi sampai 10.00 then 10.30 ke 1.00
Ptg 2.00 ptg sampai 5.00 ptg dan seterusnya mengikut kaw kerja masing2. Diharap kepada sesiapa yg berkenaan dapat.menyemak dan membetulkan semua jadual time motion kontrak anda semua sebagaimana yg dinyatakan diatas.
3. Bagi subkontraktor pembersihan kawasan yg mempunyai.lori atau kenderaan kerja hendaklah membawa kenderaan anda kepejabat swm berserta dgn dokumen2 berkenaan dan cop syarikat utk diperiksa oleh SWM. Sila berhubung terus dengan SWM utk diaturkan pemeriksaan tersebut.
Sekian, Terima Kasih.
Drpd SUK Pn Zaleha
PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN KAWASAN NEGERI JOHOR, 24-01, Jalan Garuda 1, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru. Tel: 07 223 8533
Tuesday, May 2, 2017
Inventory SWM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment