PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN KAWASAN NEGERI JOHOR, 24-01, Jalan Garuda 1, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru. Tel: 07 223 8533
Tuesday, August 22, 2017
AGM PERKON MALAYSIA
Tuesday, July 25, 2017
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 19 PERKON-JOHOR
MESYUARAT AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA KALI KE 2/2017
Wednesday, July 5, 2017
Mesyuarat ajk Perkon Johor
Mesyuarat AJK Perkon Johor akan diadakan pada jam 3 ptg, Hari Khamis, 13/7/17, di Bilek Mesyuarat KJE Holding, 02-02 Nong Chik Commercial Centre, JB. Kehadiran di hargai.
Sunday, July 2, 2017
Majlis Aidil Fitri Perdana
Majlis Hari Raya Perdana anjuran bersama SWCorp/ Swm dan Perkon Johor akan diadakan pada 20hb Julai bersamaan 25 syawal di Dewan MPC BBU, Jalan Padi Mahsuri, BBU, JB.
Bermula : Jam 11.00 pagi - 2.00 ptg. Kehadiran ahli2 Perkon Johor amatlah di hargai
Monday, June 19, 2017
Backdated Payment
PERHATIAN BERHUBUNG DGN PEMBAYARAN BALIK BACKDATED SELEPAS PELARASAN.
Sebagaimana yg saya maklumkan bahawa SWM akan membuat pembayaran mengikut pengesyoran SWCorp. Mana2 kontraktor yg dibayar secara formula "WHICHEVER IS LOWER" akan menerima pembayaran balik bermula Januari 2017 pada 22/6/17 (utk kontraktor yg kontrak value 50,000.00 kebawah). Pembayaran utk 2016 dan sebelum akan dibuat secara berperingkat. Diharap anda semua dpt menyemak butiran bayaran yg akan dibuat pada 22/6/17 (utk back-dated) .
Saturday, May 13, 2017
Mesyuarat AJK Gabungan Perkon Johor
Mesyuarat AJK Gabungan Perkon Malaysia akan diadakan pada jam 11pg, 20 hb Mei 2017 (Hari Sabtu), bertempat di PT 9912, Jalan 1/3G, Putra Point Fasa 2, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kehadiran adalah di hargai.
Wednesday, May 3, 2017
Program penerangan IMAN
Program penerangan daripada IMAN akan diadakan pada 4 Mei jam 11.45 pg di Kelab Darul Ehsan (Tmn TAR) anjuran Perkon WP.
Tuesday, May 2, 2017
Inventory SWM
Notis pemberitahuan kepada semua subkontraktor SWM.
1. Saya telah difahamkan oleh SWM bahawa sehingga hari ini masih lagi terdapat beberapa kontraktor Kutipan dan Pembersihan Kawasan yang belum lagi mengambil data inventori terkini yg telah siap utk disemak dan disahkan. Adalah diingatkan bahawa tujuan penyerahan data inventori ini adalah bagi memudahkan subkontraktor menyemak semula kawasan kontrak mereka. Sekiranya ada yg tidak dimasukkan atau kurang maka anda semua bolih terus membuat bantahan atau diukur semula. Selama ini anda semua mengadu bahawa data tidak pernah diberikan oleh SWM. Maka skrg ianya telah tersedia dan tlg pergi ambil. Kelewatan anda semua akan menyebabkan pengesahan data secara menyeluruh tidak dpt dilaksanakan diantara SWM dan SWCorp. Jadi, tlg ambil tindakan segera
2. Berhubung dengan jadual time motion yg disediakan oleh subkontraktor kpd SWM ianya masih menggunapakai time motion yg tidak dipersetujui diantara JPSPN/SWCorp/Konsesi/Subkon. Masih lagi terdapat jadual yg hanya tertulis 8.00 pagi sampai 5.00 ptg. Jadual begini tidak bolih digunakan. Apa yg telah dipersetujui bersama adalah anda semua hendaklah membahagikan jadual kerja yg lebih spesific . Contoh :
Pagi mungkin 8.00 pagi atau 7.00 pagi sampai 10.00 then 10.30 ke 1.00
Ptg 2.00 ptg sampai 5.00 ptg dan seterusnya mengikut kaw kerja masing2. Diharap kepada sesiapa yg berkenaan dapat.menyemak dan membetulkan semua jadual time motion kontrak anda semua sebagaimana yg dinyatakan diatas.
3. Bagi subkontraktor pembersihan kawasan yg mempunyai.lori atau kenderaan kerja hendaklah membawa kenderaan anda kepejabat swm berserta dgn dokumen2 berkenaan dan cop syarikat utk diperiksa oleh SWM. Sila berhubung terus dengan SWM utk diaturkan pemeriksaan tersebut.
Sekian, Terima Kasih.
Drpd SUK Pn Zaleha
Socso
SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.
Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.
“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.
“Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.
“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.
"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.
Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.
“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.
“Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.
"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.
Kongsi berita ini
-bermanfaat bg mereka yg layak dan memerlukan..
-boleh sampaikan kpd keluarga,saudara & sahabat2 tdekat..
Monday, April 17, 2017
Inventori
Adalah dgn ini dimaklumkan bahawa data inventori terkini telah siap utk diserahkan kpd subkontraktor. (Kutipan dan pembersihan kawasan). Tuan/Puan adalah dgn ini diminta hadir kepejabat SWM utk mengambil data inventori tersebut. Sila bawa cop syarikat dan sila juga pastikan Tuan/Puan menulis "WITHOUT PREJUDICE" atau "TANPA PRASANGKA" dibahagian tandatangan apabila mengambilnya bagi memastikan data tersebut dapat disemak oleh Tuan/Puan terlebih dahulu sebelum dipersetujui. Sekian. Tk. Drpd SUK
Wednesday, April 12, 2017
Ekspedisi Korban Kemboja 2017
Program Ekspedisi Korban Kemboja 2017 akan diadakan pada 27/8/17 - 12/9/17, dengan perjalanan sejauh 5400 km, menaiki kenderaan. (4x4 di galakkan). Acara korban dan sembahyang Aidil Adha akan dilaksanakan di perkampungan Koh Kong, Kemboja. Perjalanan akan melalui JB - Danok - Surattani - Cham - Trat - Koh Kong - Phom Penh - Siem Reap - Aranyaprathet - Samut Songkram - Chumphon - Hatyai - JB. Pihak yg berminat utk menyumbang bantuan makanan @ MELAKSANAKAN KORBAN @ ingin turut serta boleh menghubungi Pak Lah 019 7770435 / 016 7166515, Pak Hamid 0197705544, Hj Ramely 0127085454, Cikgu Dollah 0137775159.
Wednesday, March 8, 2017
Ecard rehiring
PEKELILING INFORMASI UTK MAKLUMAN.
1. PERKON akan menganjurkan bengkel atau Pusat Sehenti bagi menyelesaikan masalah ecard dan rehiring PATI dengan kerjasama IMAN (badan atau agensi yang dilantik oleh KDN) . Tempat dan tarikh bengkel tersebut akan dimaklumkan nnti. Mana2 kontraktor yg menghadapi masalah pekerja asing ini bolih menghubungi pejabat PERKON (no tel 07-2070566) bagi urusan pendaftaran.
2. Atas usaha yg berterusan dgn pihak KPKT/JPSPN berhubung dengan kelayakan kewangan permohonan lesen BLESS pihak JPSPN telah bersetuju utk menyemak semula syarat kelayakan tersebut dimana syarat kewangan adalah sebanyak RM2500.00 sahaja utk keseluruhan aktiviti bagi setiap permohonan. Maka, mana2 pemohon yg berhasrat utk memohon permohonan baru atau tambah skim/zon atau permohonan membaharui bolih berbuat demikian. Sebarang kemushkilan bolih berhubung dengan saya. Tk. Drpd SUK , Pn Zaleha.
Monday, February 20, 2017
Kunjungan hormat ke Majlis Daerah Pengerang
Assalam
PERHATIAN 📢📢📢
PERKON telah mengaturkan satu kunjungan hormat kepejabat YDP, Majlis Daerah Pengerang , Kota Tinggi pada Hari Khamis 23/2/17 jam 9.00 pagi. AJK dengan ini di minta bersama2 menyertai kunjungan hormat ini. Sila beri pengesahan kehadiran kpd saya selewat2nya pada hari Selasa 21/2/17. Tk. Drpd SUK.
Pertemuan dengan SPAD
Assalam
PERKON JOHOR telah mengaturkan satu pertemuan dan perbincangan dgn Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid pada ketetapan berikut :
Hari Selasa 28/2/17 jam 10 pagi bertempat di Pejabat Pengerusi, SPAS, Blok D, Platinum Sentral , Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur.
Mana2 ahli2 PERKON yg menghadapi masalah ttg permit lori atau yg berhubungan dengan nya bolih menghubungi saya utk diangkat kpd YB Tan Sri. Tk. Drpd SUK
Saturday, February 11, 2017
Hasil Perbincangan 10/2/17
Assalam.
Sedikit info berkenaan hasil perbincangan diantara PERKON/SWCORP/JABATAN DAN SYKT KONSESI.
1. Pengerusi - Datuk Zul (CEO SWCorp)
Perbincangan lebih tertumpu kepada masalah inventori, pembayaran, perjanjian konsesi/subkon, penglibatan sykt2 bumiputra, dan masalah2 dilapangan.
2. Inventori yg telah diselesaikan dan akan digunapakai adalah inventori bulan Oktober 2016. Sykt konsesi telah diarahkan utk membekalkan inventori yg telah selesai dan diterimapakai kpd semua subkon dan mesti akur dan mengambil tindakan segera.
3. Namun tarikh pelarasan belum.lagi dimuktamadkan. Bermakna keputusan sebelum.ini mengambil.June 2016 sebagai tarikh pelarasan tidak bolih digunakan. Keputusan menetapkan tarikh pelarasan akan ditentukan oleh Yang Berhormat Menteri.
4. Syarikat konsesi adalah diarahkan untuk membekalkan detail dan maklumat terperinci pembayaran apabila membuat pembayaran kpd subkon.
5. Syarat kewangan lesen bless diturunkan kpd RM2500.00
6. Menetapkan setiap kontraktor terutamanya kontraktor pembersihan diberikan nilai kontrak tidak kurang drpd RM50,000. SWM kurang bersetuju dgn ketetapan ini kerana menurut mereka syarat penglibatan syarikat bumiputera bagi swm telah mencapai 55%. Dan dibawah swm sahaja (terutamanya di Melaka) terlalu banyak kontraktor yg nilai kontrak mereka dibawah 50k dan ada yg 2k . Maka saranan mereka supaya kontraktor perlu bergabung. Datuk CEO meminta SWM supaya mencari formula yg sesuai dan munasabah agar kontraktor mendapat nilai kontrak lebih drpd 50k.
7. Denda kesalahan KPI akan ditanggung bersama diantara Konsesi dan sukon mengikut % yg diterima oleh subkon.
8. Kawasan2 VO atau pocket area hendaklah diserahkan kpd kontraktor yg bersebelahan tanpa perlu melalui proses tender.
9. Pembayaran bulanan oleh konsesi kpd subkon hendaklah dibuat sblm akhir bulan setiap bulan.
10. CEO juga memaklumkan bahawa saranan dari Menteri Kewangan II supaya kerja2 pembersihan kawasan dipulangkan semula kpd PBT kerana budget bagi perkhidmatan ini semakin meningkat setiap tahun. Langkah awal dari SWCorp adalah tidak lagi menerima CFO atau kaw2 baru dari PBT. Namun pihak SWCorp dan Jabatan masih sedang berusaha utk mengelak drpd perkara ini berlaku.
Sekian. Kalau saya ada yg tertinggal atau terlupa, sesiapa yg hadir tadi tlg tambah ya. Tk. Drpd SUK
Monday, February 6, 2017
Mesyuarat khas
Satu Mesyuarat Khas akan diadakan pada jam 4 ptg di Maritime Clubhouse Putrajaya pada 9/2/17, bagi membincangkan perjumpaan dengan CEO SWCorp pada jam 9.30 pagi, 10/2/17 di Ibupejabat SWCorp, Cyberjaya. Mohon semua ajk yg terlibat khususnya kawasan SWM, untok hadir bersama. Sila sahkan kehadiran dengan SUK, Puan Zaleha. Kerjasama di hargai.
Saturday, February 4, 2017
SEMAKKAN REKOD BAYARAN
Monday, January 30, 2017
Update Isu2 Perjumpaan Perkon Johor dengan Pengarah SWCorp Johor (30/1/17)
1. Isu berkenaan dgn pembersihan jln protokol yg perlu diserahkan semula kpd JKR atau PBT. Jalan2.protokol yg diluar skop SWCorp. Penyerahan hendaklah dibuat seawal March 2017 dan selewat2nya Mei 2017. Keputusan ini akan menjejaskan kesemua subkon yg sedang menjalankan kerja2 pembersihan dijln protokol yg mana telah mengeluarkan modal operasi yg besar.
Mengambil kira nasihat dan pandangan Pengarah, PERKON akan cuba berbincang dgn pihak atasan supaya subkontraktor diberi peluang utk meneruskan perkhidmatan ini sekurang2nya utk 1st cycle (sehingga 2018).
Option kedua adalah PERKON akan cuba berbincang dgn pihak atasan SWM supaya kontrak yg hilang ini digantikan dgn kawasan baharu tetapi dengan sokongan pihak SWCorp.
2. Isu kedua
Kekhuatiran PERKON atas isu pengukuran data inventori subkon pembersihan kawasan sebagaimana yg berlaku skrg di Melaka disuarakan kpd Tuan Pengarah. Kami cuba mendapatkan kaedah bagaimana pengukuran dibuat oleh pihak SWCorp Johor. Adakah ianya menggunapakai kaedah yg digunakan oleh SWCorp Melaka yg mana hampir 70 ke 80% nilai kontrak subkontraktor turun mendadak. Tuan Pengarah telah memberikan penjelasan atas kaedah yg digunapakai oleh SWCorp Johor dan nampaknya ianya tidak akan memberi kesan yg besar kpd subkontraktor dan tidak akan mengikut cara SWCorp Melaka. Kami juga telah meminta Tuan Pengarah utk menulis surat kepada SWM supaya mengarahkan SWM memberikan data inventori yg digunapakai sebagai asas pembayaran kpd subkontraktor dalam tempoh 1 minggu. Dengan yg demikian, subkontraktor dpt menyemak dan sekiranya bayaran kontrak menurun subkontraktor dpt membuat perancangan samada mengurangkan kos operasi bersesuaian dgn nilai kontrak yg mereka terima skrg.
3. Isu kerja2 sapuan malam
Difahamkan oleh Tuan Pengarah bahawa arahan utk memulakan semula kerja2 sapuan malam telah pun dipersetujui oleh RIC. Ini bermakna mana2 subkontraktor yg dahulunya melaksanakan kerja2 sapuan malam tetapi telah diberhentikan sementara bolihlah berunding semula dgn SWM utk mendapatkan semula kawasan mereka. Bayaran sebelum ini yg masih belum diterima oleh subkon bolih dituntut dgn SWM sebaik2 bayaran dibuat oleh SWCorp.
Sekian. Tk. Drpd SUK