Tuesday, April 14, 2020

Tabung Covid dan Tabung Ramadhan

Perkon Johor akan menwujdukan Tabung Covid 19 dan Tabung bantuan Ramadhan 2020. Tabung covid akan di gunakkan utk membeli peralatan PPE bagi kegunaan Frontier yg akan di serahkan kepada YB Menteri KpKT  sementara Bantuan Ramadhan adalah agihan2 bahan2 makanan utk keluarga yg kurang bernasib baik bersempena bulan ramadhan.   Setiap ahli di sarankan menyumbang jumlah minima  sebanyak RM 500.00 (kontrak melebihi RM 50K)  dan RM 300.00 (kontrak kurang dari RM 50k). Semua sumbangan hendaklah di masukkan kedalam akaun Perkon Johor, MayBank Mbb  501 011 402 843 dan bukti pembayaran hendaklah di hantar kepada Puan bendahari @⁨Maslinda Buang⁩ . Selewatnya sebelum 21 Aprik 2020. Sekiranya, ada ahli yg ingin menyumbang melebihi daripada jumlah tersebut, amatlah di alu2kan. Semuga sumbangan kita semua dapat membantu pihak2 yg berkaitan  dan memdapat keberkatan dari Allah swt.

Sunday, March 29, 2020

laluan tutup

Makluman : Laluan ke Seelong melalui Jalan Kempas Lama / Jalan Seelong  DI TUTUP kepada SEMUA KENDERAAN. ( depan Sekolah Hidayah) .Sila guna laluan melalui Lebuhraya Utara Selatan / Bukit Amber atau ULU TIRAM. Harap maklum

Friday, March 20, 2020

Perintah kawalan pergerakan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

Merujuk kepada perkara di atas dan kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020 yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

 

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan pengutipan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah salah satu perkhidmatan yang terkecuali daripada arahan penutupan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan tersebut dan kerja-kerja adalah berjalan seperti biasa, mengikut jadual dan frekuensi ditetapkan.

 

SILA AMBIL PERHATIAN pihak Kontraktor juga diingatkan supaya mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak Covid – 19 ini dengan mengikuti dan mengambil langkah-langkah sewajarnya seperti berikut:-

 

1. Memastikan cara kerja yang mematuhi Standard of Procedure (SOP) dan Manual Operasi (MO) (perlu melaksanakan sepenuhnya kpi pengutipan menggunakan bin lifter, tidak boleh kutip cara manual seperti melonggok atau mengumpul dimana sampah (Sisa Baki) diambil dari beberapa bin dan dikumpulkan sebelum dimasukkan dlm compactor. Bagi mengelakkan jangkitan kpd pekerja. Dalam tong sampah mungkin ada tisu, mask dll)

2. Meletakkan tanda amaran kerja pembersihan sedang berjalan khususnya di tempat awam spt ketika pembersihan longkang dll

3. Memastikan pekerja- pekerja mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dan kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

4. Memastikan pekerja- pekerja menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap semasa melakukan Kerja-kerja;

5. Mengelakkan sebarang aktiviti-aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai

6. Mengawal dan meminimumkan kontak dikalangan pekerja-pekerja dan orang awam.

7. Mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

 

Pihak Kontraktor juga diminta memaklumkan kepada pihak kami sekiranya terdapat pekerja-pekerja pihak Tuan/Puan yang disyaki atau telah disahkan dijangkiti wabak Covid – 19 tersebut untuk tindakan pihak kami selanjutnya.

 

 

Sekian, Harap maklum.

 

Nurul Nabilah Binti Sukimi

Contract Admin Assistant

SWM Environment Sdn.Bhd.  (380208-V)

LGB Group

Sunday, February 23, 2020

AJK Perkon Johor Sesi 2020/2022

AJK Sesi 2020/2022
1. YDP - Azaharuddin Md Sood
2. T.YDP - Zamri Mohd Ali
3. SU - AbdLah @ Abdullah Awang
4. PSU - Ayub Yasir
5. Bendahari - Maslindah Buang
6. AJK 
-  Siti Zawiyah Sahat
- Roslee A. Rahman
- Ahmad Tarmizi Tahang
- khairul Ariffin Masiran
- Abd. Rahman Abdullah 

Permeriksa Kira2 
- Faizal Nordin
- Tarmimi Tahang

Mesyuarat AJK Perkon Johor telah memutuskan
1. Melantik Pn. Zaleha Salim sebagai Setiausaha Kerja berkuatkuasa sertamerta.
2. Melantik Pengerusi2 Perhubungan Daerah 
2.1 MBJB - Siti Zawiyah
2.2 MBIP - Maslindah Buang
2.3 MPPG - Khairul Ariffin Masiran
2.4 Kulai - Abd. Rahman Abdullah 
2.5 Segamat - Zamri Mohd Ali
2.6 BP - Roslee Rahman
2.7 Kluang - Ayub Yasir
2.8 KT - Seikh Said
2.9 Ptn - Mazanah Londai
2.10 Muar/Tangkak - Zulkarnain Majid


Friday, February 7, 2020

Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 23 PERKON JOHOR akan diadakan pada jam 2 petang, 23 hb Februari 2020 di Hotel Grandiuer, Senai dan akan di rasmikan oleh YBhg Datuk Sri Mohammed Bin Mentek, KSU Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Kehadiran di hargai.