Assalam
PERHATIAN 📢📢📢
PERKON telah mengaturkan satu kunjungan hormat kepejabat YDP, Majlis Daerah Pengerang , Kota Tinggi pada Hari Khamis 23/2/17 jam 9.00 pagi. AJK dengan ini di minta bersama2 menyertai kunjungan hormat ini. Sila beri pengesahan kehadiran kpd saya selewat2nya pada hari Selasa 21/2/17. Tk. Drpd SUK.
PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN KAWASAN NEGERI JOHOR, 24-01, Jalan Garuda 1, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru. Tel: 07 223 8533
Monday, February 20, 2017
Kunjungan hormat ke Majlis Daerah Pengerang
Pertemuan dengan SPAD
Assalam
PERKON JOHOR telah mengaturkan satu pertemuan dan perbincangan dgn Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid pada ketetapan berikut :
Hari Selasa 28/2/17 jam 10 pagi bertempat di Pejabat Pengerusi, SPAS, Blok D, Platinum Sentral , Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur.
Mana2 ahli2 PERKON yg menghadapi masalah ttg permit lori atau yg berhubungan dengan nya bolih menghubungi saya utk diangkat kpd YB Tan Sri. Tk. Drpd SUK
Saturday, February 11, 2017
Hasil Perbincangan 10/2/17
Assalam.
Sedikit info berkenaan hasil perbincangan diantara PERKON/SWCORP/JABATAN DAN SYKT KONSESI.
1. Pengerusi - Datuk Zul (CEO SWCorp)
Perbincangan lebih tertumpu kepada masalah inventori, pembayaran, perjanjian konsesi/subkon, penglibatan sykt2 bumiputra, dan masalah2 dilapangan.
2. Inventori yg telah diselesaikan dan akan digunapakai adalah inventori bulan Oktober 2016. Sykt konsesi telah diarahkan utk membekalkan inventori yg telah selesai dan diterimapakai kpd semua subkon dan mesti akur dan mengambil tindakan segera.
3. Namun tarikh pelarasan belum.lagi dimuktamadkan. Bermakna keputusan sebelum.ini mengambil.June 2016 sebagai tarikh pelarasan tidak bolih digunakan. Keputusan menetapkan tarikh pelarasan akan ditentukan oleh Yang Berhormat Menteri.
4. Syarikat konsesi adalah diarahkan untuk membekalkan detail dan maklumat terperinci pembayaran apabila membuat pembayaran kpd subkon.
5. Syarat kewangan lesen bless diturunkan kpd RM2500.00
6. Menetapkan setiap kontraktor terutamanya kontraktor pembersihan diberikan nilai kontrak tidak kurang drpd RM50,000. SWM kurang bersetuju dgn ketetapan ini kerana menurut mereka syarat penglibatan syarikat bumiputera bagi swm telah mencapai 55%. Dan dibawah swm sahaja (terutamanya di Melaka) terlalu banyak kontraktor yg nilai kontrak mereka dibawah 50k dan ada yg 2k . Maka saranan mereka supaya kontraktor perlu bergabung. Datuk CEO meminta SWM supaya mencari formula yg sesuai dan munasabah agar kontraktor mendapat nilai kontrak lebih drpd 50k.
7. Denda kesalahan KPI akan ditanggung bersama diantara Konsesi dan sukon mengikut % yg diterima oleh subkon.
8. Kawasan2 VO atau pocket area hendaklah diserahkan kpd kontraktor yg bersebelahan tanpa perlu melalui proses tender.
9. Pembayaran bulanan oleh konsesi kpd subkon hendaklah dibuat sblm akhir bulan setiap bulan.
10. CEO juga memaklumkan bahawa saranan dari Menteri Kewangan II supaya kerja2 pembersihan kawasan dipulangkan semula kpd PBT kerana budget bagi perkhidmatan ini semakin meningkat setiap tahun. Langkah awal dari SWCorp adalah tidak lagi menerima CFO atau kaw2 baru dari PBT. Namun pihak SWCorp dan Jabatan masih sedang berusaha utk mengelak drpd perkara ini berlaku.
Sekian. Kalau saya ada yg tertinggal atau terlupa, sesiapa yg hadir tadi tlg tambah ya. Tk. Drpd SUK
Monday, February 6, 2017
Mesyuarat khas
Satu Mesyuarat Khas akan diadakan pada jam 4 ptg di Maritime Clubhouse Putrajaya pada 9/2/17, bagi membincangkan perjumpaan dengan CEO SWCorp pada jam 9.30 pagi, 10/2/17 di Ibupejabat SWCorp, Cyberjaya. Mohon semua ajk yg terlibat khususnya kawasan SWM, untok hadir bersama. Sila sahkan kehadiran dengan SUK, Puan Zaleha. Kerjasama di hargai.